Merdeka! Merdeka! Merdeka! 

Hari ni 31 Ogos ke? Owh BUKAN! Ok! saya tahu hari ni bukan hari kemerdekaan negara Malaysia mahupun negara-negara lain yang ada dalam peta dunia.  Cuma hari ini diisytiharkan sebagai hari merdeka bagi mereka-mereka yang telah menyiapkan segala tugasan esaimen! YAHOOOOO! Hilang serabut dalam otak, boleh tersnyum manis sambil baca novel sekali mengemaskini blog yang dah lama bersawang ini. -sejak bila saya guna buhasa melayu baku ni?-

Bukti menunjukkan kerajinan saya menyiapkan tugasan pada saat akhir. :)

Hari nie saya dah mampu tersenyum riang selepas menghantar esaimen PBS dan sebagainya. Tapi sebenarnya takda lah merdeka sangat pon, exam is around the corner and I don't even prepare anything for the coming exam. ~.~ Tu hal exam, belom masuk hal BIG pulak! huuuu . . Dah, tak mau ingat. . Sekarang kena happy-happy dahulu susah-susah kemudian. Heheheh .

Walaupun sarat dengan esaimen, UAK, kelas ganti dan banyak benda lagi, saya tetap setia dengan program ataupun aktiviti baru saya! INTERNET SHOPPING mula mengambil tempat di hati saya. I like it so much!! Pada zaman globalisasi yang menyebabkan saya mengalami masalah ekonomi yang sanagt tidak stabil, saya tetap smpat membeli belah melalui internet. Saya bertambah suka dengan aktiviti baru saya ini when my roomate pon beli-beli lalu internet gak. Serius, saya sangat2 excited until saya ajak kawan2 pempuan beli on9 gak. 

Tudung bawal 1 tone

*Kesannya, saya semakin suka snap-snap gambar sendiri*

YES! saya gila beli tudung bawal ny. Simple dan sangat murah. Setakat ni saya belum tertarik dengan tudung bawal yang ada warna 2 tone  tetapi saya semakin berminat dengan bawal 3 tone! WOW! Saya perlu muhasabah diri sebelum bershopping melebihi limit elaun sebulan. Huhuhuhu. Nie baru ceta sal tudung, dalam fikiran siap nak beli dress, beg, kasut, skirt and banyak lagi lah. HUH! memang berada dalam keadaan bahaya ar kalau dah jumpa banyak page facebook yang menjual barangan ini dengan harga yang sangat murah. =.=' Ada sesiapa berminat nak beli tudung bawal? mungkin saya leh bantu. Hahahahah. *tetiba nk promote gak,-.-'*  Owh ! rasanya cukup sampai di sini sahaja. Saya nak sambung window shopping lagi. :)
~salam~




0 comments:

Post a Comment