Cepat masa berlalu.. pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2012.. Semuanya berlalu terlalu pantas.. 

Dan tanpa saya sedari , usia pon semakin meningkat menjangkau 20 tahun.. Usia dah nak mula dengan angka 2 di hadapan dan akan terus bertambah.. InsyaAllah, akan bermula lagi satu zaman yang baru.. :) 

Alhamdulillah , diberi nyawa selama 19 tahun 10 bulan dan 24 hari, banyak warna warni kehidupan yang dilalui. :) . teringat kembali semua perkara yang pernah terkesan di dalam diri. Zaman awal kanak-kanak adalah zaman kebebasan yang sangat luar biasa.. Semuanya boleh dilakukan tanpa memikirkan mereka yang berada di sekeliling kita. Zaman di mana saya merasakan semua pendapat saya adalah benar dan ianya cukup indah bagi seorang anak tunggal perempuan dalam beradiknya seperti Fatin Liyana. I LOVE IT SO MUCH ! Bersyukur dengan apa yang ada sekarang , namun jika diberi peluang , saya terlalu mahu kembali ke zaman ini , agar kebebasan itu sentiasa ada bersama.. Tapi malangnya , itu adalah sangat mustahil . :)

Zon terindah adalah ketika berada dalam zaman persekolahan.. Bermula dari Tadika sehinggalah bangku sekolah menengah.. Ruang pembelajaran yang sangat luas dan pengalaman yang pelbagai disediakan pada zaman ini.. Zaman ini mengajar erti persahabatan yang sangat mendalam.. Pengalaman yang cukup untuk dijadikan panduan hidup ditemui di sini. Tadika Pei Yuo tempat pertama mengenal dunia luar. SRJK (C) Pei Yin tempat yang mempertemukan saya dengan insan yang bergelar SAHABAT dan SMSP tempat yang mengajar saya tentang gambaran realiti kehidupan sebenar yang perlu dilalui.. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam dunia saya.

+ I Love Them +

~ The 4 of us ~
Yaa, masa berlalu terlalu pantas, sehinggakan saya tidak sedar hampir 3 tahun saya meninggalkan bangku sekolah menengah. :) semua kenangan masih segar diingatan.. Maaf kepada mereka yang saya sakiti dan saya juga maafkan mereka yang pernah menyakiti.. :) Saya tidak mahu menyimpan dendam dan Alhamdulillah , saya mampu berhadapan dengan semuanya pada hari ini. :)

Sungguh saya bersyukur atas semua yang telah di rancang Allah untuk saya.. 2 tahun menuntut di Negeri Jelapang Padi memberi saya banyak pengajaran dan pengalaman.. Di sini, saya temui rakan baru yang saya anggap banyak membantu juga mengajar saya secara tidak langsung.. Sungguh saya berdoa agar persahabatan yang dibina akan terus bertahan.. Cabaran hidup semakin dirasai apabila bertemu dengan insan yang mula bertapak dihati. :) Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman ialah tempat bermulanya 1 kisah yang baru.. :)

# Gee@myroomate & Erda@myclassmate #

~ I'm shy >.< ~

Lakaran kehidupan yang kita rancang tak semuanya berjalan dengan lancar.. That is how the life is going on.. Garisan kehidupan adakalanya naik dan adakalanya turun dan ianya membuatkan hidup lebih berwarna.. Jangan pernah menyesal dengan apa yang dilalui kerana semuanya adalah bersebab dan itu semua adalah rahsia Allah. :)

~Salam~