Ada beberapa perkara yang boleh kita perhatikan dalam menangani kecewa atau terluka cinta agar jangan sampai kita memusnahkan diri sendiri.

ü  BERTENANG
Kecewa dalam percintaan sama ada kerana pertelingkahan atau ditinggalkan adalah risiko dalam setiap perhubungan antara manusia sebenarnya. Dalam keluarga dan adik beradik sekalipun kita bergaduh, inikan pula dalam perhubungan pasangan yang baru dikenali atau ingin dikenali. Yang amat penting adalah bertenang apabila berlaku konflik. Sikap ini akan mempengaruhi dalam penyelesaian konflik itu sendiri.


ü  REDA DENGAN KETENTUAN TAKDIR
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Ianya mempunyai dua kemungkinan, sama ada ia satu tanda bahawa pasangan itu bukan orang yang sesuai atau ia sekadar ujian untuk menguji kekuatan sesuatu hubungan tersebut.  Dalam hidup ini ada banyak ketidakpastian. Oleh itu, kita mesti bersedia dan reda dengan segala yg berlaku.

ü  FAHAMI MENGENAI CINTA YANG IKHLAS
Sesuatu perhubungan akan lebih bermakna jika disulami dengan keikhlasan dengan ketulusan. Jika difikir secara rasional, jika kita sayang sesorang, kita tentu ingin melihat dia bahagia. Jika dengan cara melepaskannya pergi akan membahagiakan dia, maka itulah yang terbaik. Itulah yang patut dianggap perhubungan yang ikhlas!

ü  MEMAAFKAN
Sesuatu konflik akan lebih mudah diselesaikan jika kita bersifat saling memaafkan. Ianya diibaratkan sebagai membuang segala “sampah sarap“ yg memenuhi pemikiran kita. Percayalah! Apabila semua itu telah bersih dari dalam diri kita maka hati akan tenang dan lapang.

* So Meaningful *
ü  SAYANG DIRI SENDIRI
Kita bernyawa di atas muka bumi ini kerana Allah meminjamkan nyawa sementara untuk kita. Diri kita adalah amanah bagi diri kita sendiri untuk dijaga dengan penuh tanggungjawab. Oleh itu, jangsn sesekali kita mengkhianati amanah itu dengan mencederakan diri dek kerana kecewa dengan cinta.

ü  ALLAH
Seperti yang kita semua tahu, cinta yg abadi ialah cinta kepada ALLAH dan RASUL. Tidak salah untuk mencintai sesorangg kerana ianya adalah fitrah sesorang manusia tapi biarlah niat kerana Allah.

* Berdoalah kepadaNya *


~salam~

0 comments:

Post a Comment