Hi there ! ! :)
rasanya dah lama tak update blog ni . . huhuhu . . tak taw nk tulis apa dah dlm blog ni . . makin hari semakin bosan . . tapi tak pe . . kali ni sy nk kongsi satu nota yang sy jumpa arr . . nk tau tak ? tajuk nota tu pesanan untuk kaum perempuan tentang CINTA . . perghh ! ! ! msti ada dlm klangan k0rg dah pena bca ni kat fb tp tak pe . . sy nk jg kongsi kat dlm ni . . dr tajuk je dah taw msti sal jiwang2 , kecewa , semua lha . . tapi , lek lhuuu . . mai kta bca kisah ni lhu eh . . :)



" Saya masih ingat lagi tatkala kawan saya menangis apabila cinta sejatinya akhirnya berkecai. Berhari-hari terperap dalam bilik. Kehidupannya mula tidak terurus. Tidak mahu makan dan minum. Setiap hari menyumpah-nyumpah bekas kekasihnya. Terjerit-jerit macam tarzan setiap hari. Habis barang-barang pemberian bekas teman lelakinya di bakarnya tidak cukup itu barang-barang dalam rumah juga dimusnahkan. Kadang-kadang kawan saya tidak ubah macam orang gila. Kasihan pun ada , sedih pun kadang kala lucu pun ada. 

Hebatnya kuasa cinta. Kalau jatuh cinta semalaman tidak boleh tidur, asyik tersenyum sepanjang masa kalau boleh hari-hari nak jumpa. Kalau putus cinta , macam orang yang akan diusung dalam keranda. Kata orang bila putus cinta, rasanya macam nak mati!. memang ramai perempuan sukar menerima kenyataan yang diri tidak dicintai lagi. Saya pesan kepada perempuan, lelaki yang curang perlu dijauhi jangan sesekali beri peluang yang kedua kerana dia akan mempergunakan peluang yang kedua untuk mencintai wanita lain. Lelaki sebenarnya akan mengambil kesempatan 

Saya tahu rasanya bila jatuh cinta, Ada yang kata nak peluk tiang, peluk bantal sampai terlena, hari-hari sms, bergayut di telefon sampai bil melambung beribu-ribu ringgit, makan nasi pun kata manis, minum pepsi pun kata rasa masam dan bermacam-macam lagilah. Itulah padahnya bila hanyut dalam dunia cinta

Saya selalu sedarkan diri saya cinta yang di bina tak semestinya akan sampai ke jinjang pelamin. Kalau bercinta sepuluh kali pun gagal, macam mana?Saya juga selalu fahamkan diri saya, lelaki yang mahu berkawan, menelefon atau selalu miscall kita tak semestinya dia akan jatuh cinta dengan kita sebaliknya sekadar mahu menguji kita kadang kala kita hanya sebagai sandaran saat dia kesepian, pendek kata lelaki ini akan menggelupur bila tiada seorang perempuan dalam hidupnya. Lelaki tidak boleh hidup tanpa perempuan

Saya ada bertanya kawan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita. Kenapa kamu kumpul teman wanita? Jawabnya nak pilih yang mana sesuai dengan aku dan dijadikan calon isteri. Ha, kepada mereka yang tahu teman lelaki mereka ramai teman wanita jadilah perempuan melayu terakhir. Saya tanya soalan lain pula, tapi kamu selalu menghabiskan duit untuk teman-teman wanita kamu, tak rugi ke? dia tersengih-sengih macam ulat bulu naik daun, duit boleh di cari tapi cinta sejati sukar di cari. Hmmm dia sanggup melaburkan wang semata-mata mahu mencari pasangan yang sesuai tapi kumpulkan perempuan jadi koleksi tak pernah merugikan lagipun banyak faedahnya. 

Lihatperempuan hanya dijadikan bahan boneka seorang lelaki. Bila seseorang lelaki itu kesepian dia akan mencari wanita lain, bila jumpa dia tetap akan mencari yang lain agar dapat melunaskan kesepiannya. Pendek kata kebanyakkan lelaki, tidak dapat hidup tanpa wanita bukannya tanpa cinta. Saya selalu bertemu dengan lelaki yang selalu menceritakan kisah cinta lampaunya kemudian memburuk-burukkan bekas teman wanitanya. Jadi jangan terkejut kalau keesokkannya anda bertemu dengan lelaki bersama teman wanita yang dia buruk-burukkan. Kadang kadang saya keliru perbezaan kawan baik dengan kekasih. Saya selalu dengar dari mulut seorang lelaki, sahabat perempuan saya lebih istimewa daripada kekasih sendiri. 

Ada seorang kawan saya dulu berkawan baik dengan seorang lelaki. Hubungan mereka intim dan saling mengenali antara satu sama lain malah keluarga pun mereka pun turut tahu akan hubungan persahabatan antara mereka berdua. Ke mana mereka pergi mereka tetap bersama. Kalau orang lain tak tahu itu pasti mereka akan menyangkakan mereka adalah pasangan kekasih. Kalau kawan-kawan mereka Tanya, mereka hanya akan menjawab just friend tapi kalau kawannya tak percaya juga mulalah melenting . 

Lain cerita pula, mereka sepasang kekasih, dan mempunyai sahabat perempuan yang amat setia dengan mereka. Lelaki ni kalau ada masalah tak beritahu aweknya sebaliknya bercerita dengan sahabat perempuannya. Boleh dikatakan semua masalah diluahkan pada sahabat perempuannya. Si aweknya yang manja-manja dan gedik-gedik pula tidak tahu apa-apa. Kena kutuk dek teman lelaki pun masih merindui dan mencintai teman lelakinya. Akhir sekali si aweknya terima kad jemputan dari teman lelakinya yang akan berkahwin dengan sahabatnya. Kata teman lelakinya, keluarganya sudah berkenan dengan sahabatnya. .. "


wah ! begitu kah pndgan dan nilaian kaum adam pada kaum hawa ? ? yah ! memang tidak d nafikan bukan semua lelaki bersifat sedemikian tetapi tetap ada lelaki yg sebegini d dunia ini . . pernahkah golongan ini membayangkan sekiranya mereka berada di tempat perempuan2 yg menjadi sndaran mereka e2 ? rasai bagaimana perasaan mereka tatkala disakiti ? TIDAK ! ! mereka tidak akan pernah tahu perasaan kaum hawa ini . . sy agak geram dgn mereka2 ini namun hnya mampu bersabar dan membiarkan Allah memberi kesedaran kepada mereka krana Allah itu maha adil . . :)

peringatan tuk diri ini juga reader2 sekalian ,
p/s : wahai sahabat2 perempuan, jgn terlalu taksub dengan cinta, jangan terlalu manja, jangan terlalu perasan dan jangan terlalu materialistik kerana semua itu adalah ciri2 yang boleh mengorbankan cinta anda. 

0 comments:

Post a Comment